Friday, November 19, 2010

perumpaan moden (jiwa gua's blog)

hari tu ak ada baca kat blog jiwa gua..dia ada mereka peribahasa moden. dan beliau telah mnyarankan followernya join aktiviti dia mereka dan menggunakan peribahasa tersebut..jeng jeng jeng...hari ni ak dpt idea untuk mnyambung peribahasa beliau..ahaha..credit untuk anda...smua ni hiburan semata-mata dan tiada kene mngena dgn yg sihat atau sebaliknya
p/s: kpada pmilik blog 'jiwa gua', ak hrp ko x kesah..puas ak cr facebok ko..nk text ko sket..tp x jmpe lah..haha



*umpama dislike ads di wall facebook..
maksud: mendapat pujian atau berita gembira, walhal ada agenda tertentu disebalik pujian atau berita baik itu
keterangan: kalau korang aktif facebook, mesti korang dh familiar dgn dislike ads kat tepi home fb kan. ada game2 tertentu, tp game2 tersebut amat mudah dan agak bodoh; seperti:
*2+2=?
*antara berikut yang manakah makanan
 a) nasi lemak
 b) mi goreng
 c) laptop
tu kalau bentuk soalan. ada jugak yg suruh tendang bola dan berbagai lagi. ak sgt suka dgn smua ini, sbb stiap kali ak jawab msti btul. dan dislike ads tu akan ckp "you win".."you won rm1000"..tp tahukan kamu bahawa itu hanya permainan marketing sahaja..nnti korang akn dibawa jump ke page yg laen..kat situlah agenda laen akn berlaku seperti suruh ko beli itu dan ini..jeng3
contoh ayat: Setelah sepuluh tahun Suzana dan Lina bergaduh, tiba-tiba Suzana memuji-muji akan kecantikan Lina. Hal ini tidak ubah seperti dislike ads di wall facebook


*umpama memiliki handphone tanpa awek..
maksud: hanya digunakan bila perlu seperti masa2 kecemasan dan ada kepentingan2 tertentu.
keterangan: kalau zaman skrang, budak2 muda kurang menggunakan handphone untuk contack kwn2..lbih snang guna intrernet kan..mcm facebook, so korang prasan x kalau skrang kenkawan kita guna handphone sbb nk call n msj awek n pakwe diorang je kan, so bg diorang yg xde pasangan lbih cenderung untuk topup sebulan skali je..kan kan kan...tu pun nk call mak ayh or guna tuk masa2 tertentu
contoh ayat: Kereta lama ayah saya sudah menjadi seperti 'memiliki handphone tanpa awek' setelah ayah saya membeli kereta baru yang mewah itu.

*umpama ke majlis yang disertakan kupon..
maksud: melakukan sesuatu perkara dengan tidak ikhlas dan lebih mengharapkan balasan
keterangan: ni untuk pelajar UiTM je kot..uni lain ak x tahu pulak. tapi semua sistem sama kot. prasan x knape sesuatu majlis bertukar menjadi sngt meriah sedangkan hanya untuk taklimat kolej dan sebagainya. dan yang lebih menghairankan apabila majlis agama menjadi seperti satu konsert yang gilang gemilang di kampus anda. hehe..tp kalau niat anda btul ikhlas itu lain cerita. ok, cuba tgk dkt iklan sesuatu majlis tu. mesti ada ayat "kupon disediakan".. oleh kerana takut x ta dpt kolej untuk next sem semua org snggup melakukan apa sahaja.. kan kan kan..?
contoh ayat: Saya tidak pernah melihat Ali menolong ibunya, namun hari ini dia begitu rajin membantu ibunya. ali seperti ke majlis yang disertakan kupon

*umpama kartun menghiasi profil picture
maksud: 1)segan untuk mendedahkan identiti
              2)masih berada diperingkat awal
keterangan:
1) korang ada prasan x a few of warga facebook yang X PERNAH LANSUNG menayangkan muka mereka kat facebook. biasa terjadi bila someone x dikenali add ak.. tp mutual friends blambak, bila tgk profile picture kartun2 yang menghiasi segenap album tu.. ni ASSUMPTION ak je ye.. ak rasa diorang segan kot..x pun nk pelihara kecantikan wajah mereka drpd luak apabila dipandang org lain..tp ada jgak yg menjaga imej diorang..itu terpulang kepada hak individu..
2) masa korang mula2 buat apa2 skali pun jenis akaun kat internet..x kisah la MS, FB, FS OOVOO, dan berbagai lagi..mesti korang akn disediakan dengan gmbar bentuk kepala manusia tanpa rupa..kan kan kan..so itulah yang dinamakan berada di peringkat awal
contoh ayat:
1)Ahmad sentiasa bertopeng ketika bertemu saya, dia seperti kartun menghiasi profil picture.
2)Zakiah baru seminggu berhijrah ke Kuala Lumpur, bak kata peribahasa moden, umpama kartun menghiasi profil picture.

3 comments:

akmal afiqah said...

sal kupon x leyh blah.haha! :P

shahfri shpie said...

hahaha..itu reliti..

akmal afiqah said...

yup.realiti budak2 uitm.