Wednesday, March 30, 2011

tv dan iklan

dulu, aku memang manusia yang tegar tengok tv, cerita apa pun aku bantai je, kiranya dulu bagi aku tv tu bahan hiburan yang paling best wow meletop boom! tapi semenjak aku dah masuk asrama masa form 4, pastu lps spm xde nak duk rumah, sebab aku berbakti untuk negara, patriotik sehhhh.. pastu lps plkn masuk UiTM plak, kira masa mula-mula tu memang rasa kehilangan gila r sebab dah tak boleh tengok tv, cam haghrammm.. pastu bila dah lama, aku mula biasa menjalani kehidupan ku tanpa tv, kadang-kadang bila rindu kat tv ada jugak aku hantar surat kat dia, tapi......tv tak pernah balas, masa tu alangkah berkecai hati ku, so aku putuskan hubungan dengan tv...ahhaahah, sengal!!!


ermm, begitulah sedikit sebanyak cerita cintun aku dgn tv, dan sekarang, macam cinta tu nak berputik balik dowhh..haha, sejak aku dah habis Asasi ni, dah memang aku kena duk rumah je..tapi nanti hajatnya nak kerja juge.. so, memang agak tiap-tiap hari lah mengadap tv, tapi aku dh ada buah hati baru, internet, well, sebagai kasanova yang tak berapa nak berjaya, dua-dua aku layan, tengah jalan-jalan dalan alam maya, sambil tu tv mesti terpasang..

tapi tv sekarang dah berubah, hampeh, nak-nak bahagian iklan. semua nak menipu je! aku rasa definisi iklan produk-produk kat tv sekarang lebih kepada 'menipu orang untuk meraih pelanggan'..

iklan sabun FAB 1979
 cuba perhati iklan sabun, ayat diorang mesti "110% wanita di dunia percaya cucian sabun Cucikotor setanding pakaian baru beli tadi! anda bagaimana?" pastu mesti ada manusia ala-ala saintis yang menguji keberkesanan sabun tu, pastu si suri rumah ni wat muka terkejut kambing sebab sabun yang dipromot berkesan pastu sabun yang mana dia guna bertahun-tahun atau lebih familiar sebagai jenama x tu tak berkesan..hahhhhh, marketing oh marketing, masing-masing nak produk diorang laku!

ada lagi, cuba tengok iklan susu plak, ni lagi lah, "susu Putihsihat mencergas otak anak anda, kami adunkan dgn DNA sodium chloride, ammonia, hydrogen, membantu mencergaskan otak anak-anak anda jadi genius" arghhhh wadefakkkk, semua benda-benda yang agak-agak berkhasiat yang ada dalam susu tu habis diorang nak sebut, padahal dalam tu kandungan brapa persen je sgt. haddoiiiii,  kalau cam dulu boleh terima lah lagi, mcm, "mama, beruang kurub makan penguin tak?" adalah daya penarik, kan kan kan? sekarang ada lagi tak iklan susu camni?

memanglah benda tu untuk tarik orang supaya beli produk diorang, tapi, beragaklah sket..cuba buat iklan tu sebagai daya penarik untuk orang berminat nak beli, cuba tengok iklan cadbury, simple, tapi ada lah juga daya penarik, takde pon nak menipu segala bagai,


bila tengok iklan yang berunsur menipu ni, sumpah rasa sakit hati, dah lah berulang-ulang, haha..

ni nak cakap pasal drama-drama plak...kenapa makin banyak cerita yang mengarutttttt dan merabannnnn??? slot lagenda tv3 tu dh cam hapa ntah, macam benda pelik lah,,, drama rtm lagi lah..kita kata "typical cerita melayu camtu lah" tapi kan, kenapa jarang kita dengar "typical cerita orang putih camtulah" takpun "alah cerita korea, typical nya macam tu jugak"..."typical cerita hindustan!!" ha ha ha,

kita, pandai kritik je kan, kalau lah aku diberi peluang tuk buat iklan, orang lain plak kutuk aku,,bhahahha ..tapi kadang-kadang kita ni bertindak sebagai pemerhati, so wajarlah bila sesuatu yang tak bagus kita kritik,


Tuesday, March 29, 2011

macam mana nak jadikan gambar lebih ceria dan cantik


tutorial datang lagi, haha, tengok gambar atas ni pon korang dah tahu kan apa aku nak tunjukkan lepas ni. korang mesti selalu ada masalah, bila gambar tu korang rasa dah cantik tahap ratu cantik dah, tapi colour plak yg macam ratu huduhhhh..haha, nevermind, sebab kali ni aku nak belajar bersama -sama dgn korang macam mana nak kasi gambar tu nampak ceria dan chantekkkkkk..

sebelum korang pening, aku nak bagitahu dulu, yang kali ni kita akan guna 3 cara untuk edit warna dan cahaya pada gambar. pertama, brightness and contras, kedua, variation, dan seterusnya dodge tool.. maybe korang dah biasa dengan brightness and contras.. tapi variation dgn dodge tool tu menda alah apa plak? haha, takpe jgn risau, aku tunjuk satu-satu nanti..jom bertutorial

Sunday, March 27, 2011

couple atau single ?

sekarang, dekat facebook banyak betul soklan kan.. yang kena undi-undi tu, haiyaaaa, bila dh banyak sgt soklan-soklan cenggitu, rasa serabut pun ada, haha, abaikan

tadi aku ternampak ada satu soklan, couple ke single bes?


kau ada rasa tak apa yang aku rasa? secara dasarnya, cewahhhh, undian ni lebih kepada soklan berbunyi, "anda tidak pernah couple atau anda telah putus cinta" hah, faham tak maksud aku.. orang yang tak pernah couple dan sekarang tengah layan cerita drama jiwang berkarat hijau korea atau tengah baca novel-novel cintun alaf 21, atau pun yang tengah lonely tahap hidup sebatang kara akan jawab "couple bes~" dannnnnn, yg tengah putus cinta, yg tgh hepi-hepi hidup tanpa batasan dari manusia bergelar pakwe akan jawab "single bes~"

kan kan kan? jawapan daripada orang yang jawab soklan ni akan lebih kepada apa yang dia rasa sekarang, tu sbb aku kata soalan ni patutnya berbunyi "anda tidak pernah couple atau anda telah putus cinta", tapi benda ni sebagai pengisi masa lapang je, dont take it to serious. tapi merujuk kepada undia tu, single bes, maknanya ramai yg tengah putus cinta ke? hah hah hah, 

single, maknanya mesti bebas kan, so ramai yang suka kebebasan, maknanya kalau kau couple atau kawin sekalipun, jgnlah jadikan pasangan kau tu macam hanya semata-mata diciptakan untuk kau. macam lagu 'tercipta untuk ku', hah, walaupun memang kadang-kadang si pakwe ni cepat jeles bila si awek tu terlalu bebas berkawan rapat dengan lelaki, tapi cuba fikir, manusia ni memang secara puratanya tak suka dikongkong. so kau nak kawal hidup pasangan kau then dia tak suka, at the end clash...atau kau cuba faham cara hidup dia dan jgn terlalu sekat dia then dia hepi dan hubungan korang kekal. tapi kena jujur jugak, dan pasangan tu kenalah faham, walaupun pakwe or makwe kau tak sekat kebebasan kau, janganlah sampai kau terlalu bebas sampai lupa kau ada dia..huhhhh, oh ye, toleransi juga penting, mcm lagu kekanda adinda

Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,



shahfri shpie bercakap tentang cinta? hahahaha,

Sunday, March 6, 2011

mereka..!

apa yang kita rasakan...tak mudah untuk dituturkan;
apa yang kita pendamkan...tak mudah untuk dicoretkan;
apa yang kita renungkan...tak mudah untuk disimpan..sendiri

bila kita sunyi, mereka menjadi teman.
gelak, ketawa, berdekah gembira..
bila kita sedih, mereka juga bisa menjadi orang asing.
dan kita terkapai sendiri, ya, sendiri
bila kita sedih, mereka juga akan menjadi manusia setia.
dan kita tersenyum gembira menepis semua duka..

awal bersua, kita gembira;
rasa bagai mereka lah nyawa;
nyawa!
tapi, bila mereka bersama mereka,
kita juga akan tersisih ditepi;
atau kadang kala, kita sentiasa dihargai;

kita menentukan...
bila perasaan yang kita utamakan;
maka, hanya aku yang berdiri disini......
teguh tanpa gentar..InsyaALLAH...

Tuesday, March 1, 2011

keyakinan pudar dan terang

dah lama x  mengupdate pasal aku..sebelum ni update tuk design je..tp mlm ni..dalam kesibukan aku bermain2 dgn final project computing buat kali terakhirnya sebelum di-present-kan esok..aku terdetik nak mengekspresikan benda ni...

aku yakin dgn keputusan aku...dan aku menuju ke arah keputusan yg aku dah ambil...tinggal masa dan takdir yg bakal bersatu menemukan aku dgn keputusan tu..errr....x perlu kot aku nak obvious sgt tntang 'keputusan' yg aku buat tu..kan x universal plak entri ni...haha...err..okay..aku serius..dan td...keputusan yg aku rs dh yakin untuk dilaksanakan tu macam sedikit sebanyak terhambur...sebenarnya dah 2 3 hari ni...keyakinan tu termuntah dan tersedut...ya..pudar..dan terang!

aku merenung jauh dalam gelapnya pagi ni...sunyi..semua tidur kot....tinggal aku je yg masih lincah menaip dan menaip dan menaip...hahhhhh....sekarang..tangan aku seolah kaku untuk terus meluah...dan...tunggulah semuanya datang dan menyembah...untung sabut timbul...untung batu tenggelam...

org kata...was-was itu permainan syaitan...so...go for it!!!...ya...jgn toleh blakang...

err...