Wednesday, March 30, 2011

tv dan iklan

dulu, aku memang manusia yang tegar tengok tv, cerita apa pun aku bantai je, kiranya dulu bagi aku tv tu bahan hiburan yang paling best wow meletop boom! tapi semenjak aku dah masuk asrama masa form 4, pastu lps spm xde nak duk rumah, sebab aku berbakti untuk negara, patriotik sehhhh.. pastu lps plkn masuk UiTM plak, kira masa mula-mula tu memang rasa kehilangan gila r sebab dah tak boleh tengok tv, cam haghrammm.. pastu bila dah lama, aku mula biasa menjalani kehidupan ku tanpa tv, kadang-kadang bila rindu kat tv ada jugak aku hantar surat kat dia, tapi......tv tak pernah balas, masa tu alangkah berkecai hati ku, so aku putuskan hubungan dengan tv...ahhaahah, sengal!!!


ermm, begitulah sedikit sebanyak cerita cintun aku dgn tv, dan sekarang, macam cinta tu nak berputik balik dowhh..haha, sejak aku dah habis Asasi ni, dah memang aku kena duk rumah je..tapi nanti hajatnya nak kerja juge.. so, memang agak tiap-tiap hari lah mengadap tv, tapi aku dh ada buah hati baru, internet, well, sebagai kasanova yang tak berapa nak berjaya, dua-dua aku layan, tengah jalan-jalan dalan alam maya, sambil tu tv mesti terpasang..

tapi tv sekarang dah berubah, hampeh, nak-nak bahagian iklan. semua nak menipu je! aku rasa definisi iklan produk-produk kat tv sekarang lebih kepada 'menipu orang untuk meraih pelanggan'..

iklan sabun FAB 1979
 cuba perhati iklan sabun, ayat diorang mesti "110% wanita di dunia percaya cucian sabun Cucikotor setanding pakaian baru beli tadi! anda bagaimana?" pastu mesti ada manusia ala-ala saintis yang menguji keberkesanan sabun tu, pastu si suri rumah ni wat muka terkejut kambing sebab sabun yang dipromot berkesan pastu sabun yang mana dia guna bertahun-tahun atau lebih familiar sebagai jenama x tu tak berkesan..hahhhhh, marketing oh marketing, masing-masing nak produk diorang laku!

ada lagi, cuba tengok iklan susu plak, ni lagi lah, "susu Putihsihat mencergas otak anak anda, kami adunkan dgn DNA sodium chloride, ammonia, hydrogen, membantu mencergaskan otak anak-anak anda jadi genius" arghhhh wadefakkkk, semua benda-benda yang agak-agak berkhasiat yang ada dalam susu tu habis diorang nak sebut, padahal dalam tu kandungan brapa persen je sgt. haddoiiiii,  kalau cam dulu boleh terima lah lagi, mcm, "mama, beruang kurub makan penguin tak?" adalah daya penarik, kan kan kan? sekarang ada lagi tak iklan susu camni?

memanglah benda tu untuk tarik orang supaya beli produk diorang, tapi, beragaklah sket..cuba buat iklan tu sebagai daya penarik untuk orang berminat nak beli, cuba tengok iklan cadbury, simple, tapi ada lah juga daya penarik, takde pon nak menipu segala bagai,


bila tengok iklan yang berunsur menipu ni, sumpah rasa sakit hati, dah lah berulang-ulang, haha..

ni nak cakap pasal drama-drama plak...kenapa makin banyak cerita yang mengarutttttt dan merabannnnn??? slot lagenda tv3 tu dh cam hapa ntah, macam benda pelik lah,,, drama rtm lagi lah..kita kata "typical cerita melayu camtu lah" tapi kan, kenapa jarang kita dengar "typical cerita orang putih camtulah" takpun "alah cerita korea, typical nya macam tu jugak"..."typical cerita hindustan!!" ha ha ha,

kita, pandai kritik je kan, kalau lah aku diberi peluang tuk buat iklan, orang lain plak kutuk aku,,bhahahha ..tapi kadang-kadang kita ni bertindak sebagai pemerhati, so wajarlah bila sesuatu yang tak bagus kita kritik,


4 comments:

akmal afiqah said...

haha..
ak pon mnyampah iklan2 byk2 ni. lebih kurang je smue.

shahfri shpie said...

hahhaa, tu lah pasal, kalau tv3 lagi r, iklan berejam..tp memang iklan tu sumber pendapatan diorang kot..ahah

pena said...

tv ni bila kita tak cuti banyak pulak program yg best2x..
tapi bila dah cuti, semua program tv nmpak mcm bosan..

kay_are said...

paling ingat iklan follow me tu je r.. yang len amcam dah lupe .. huu