Tuesday, March 29, 2011

macam mana nak jadikan gambar lebih ceria dan cantik


tutorial datang lagi, haha, tengok gambar atas ni pon korang dah tahu kan apa aku nak tunjukkan lepas ni. korang mesti selalu ada masalah, bila gambar tu korang rasa dah cantik tahap ratu cantik dah, tapi colour plak yg macam ratu huduhhhh..haha, nevermind, sebab kali ni aku nak belajar bersama -sama dgn korang macam mana nak kasi gambar tu nampak ceria dan chantekkkkkk..

sebelum korang pening, aku nak bagitahu dulu, yang kali ni kita akan guna 3 cara untuk edit warna dan cahaya pada gambar. pertama, brightness and contras, kedua, variation, dan seterusnya dodge tool.. maybe korang dah biasa dengan brightness and contras.. tapi variation dgn dodge tool tu menda alah apa plak? haha, takpe jgn risau, aku tunjuk satu-satu nanti..jom bertutorial




mula-mula kita select tempat mana yang kita nak edit dulu, kita guna QUICK SELECTION TOOL (W) yg aku merahkan tu, kalau tak jumpa, korang tekan je button W terus keluar nanti, kalau nak guna pen tool pun boleh tapi kena mahir guna pen tool la baru cutting nampak kemas. tapi kali ni, aku rasa tool W ni lebih senang sbb kita nak edit warna je. ada 2 benda penting dalam tool W ni, 1st, 'add to selection' button yg warna oren tu, so korang clicklah kat mana yg korang nak select. dan kadang-kadang, tool ni x akan mengikiut line secara membuta tuli, macam dalam gambar atas ni, tengok bahagian kanan bahu, terlebihkan?



tengok sebelah 'add to selection' ada button 'subtract from selection'.. ni lah gunanya, untuk buang yang terlebih tadi, sebelah button ni ada plak option untuk laraskan saiz tool ni, so korang pandai-pandailah adjust untuk select tempat yang kecik, 

kadang-kadang saiz yang kecil lebih senang untuk buang part-part yang terlebih select tadi



sekarang, bila dah dapat part yang korang nak select tu, kita main plak dengan brigthness and contrass.
[ image > adjustment > brightness contrass ]



jangan tanya aku, brapa nilai brightness dan brapa nilai contrass.. sila tanya jiran kau, mungkin dia tahu..ahhah,, xdelah, benda ni subjektif, ikutlah atas gambar kau tu, nak terang ke? nak gelap ke? nak kelabu ke?  

kalau nak gambar cantik dan lebih ceria lebihkan contras dari brigthness. lagi tinggi contrass, lagi gelap gambar, dan lagi rendah brigthness lagi gelap juga gambar. so korang kena seimbangkan sendiri. tapi brightness jangan terlalu tinggi sebab nanti gamabr akan jadi over lightning



lepas tu korang select lah part lain plak,



brightness yang ni aku wat tinggi sket, sebab warna hitam, nak bagi nakpak pekat sket,



untuk muka, kebiasaannya aku kurangkan contrass dan aku lebihkan brightness.. untuk dapatkan warna yang cerah dan ceria! jangan risau, setakat bermain dengan brigtness dan contrass, korang tak boleh dianggap menipu lagi. sebab brightness and contrass adalah lebih kepada bermain cahaya. kalau kau nak putihkan kulit, gelapkan kulit, terbakarkan kulit, putihkan gigi, hilangkan cela muka, tu kena guna tool-tool yang lain, agak complicated tp mudah,,ahahha, 

bagi aku, tak salah nak edit muka kau jadi macam permaisuri pun, tapi mentioned lah yang tu hasil photoshop supaya xde lah sgt unsur menipu, tp kaalu setakat kau edit warna, tak perlu lah nak gelabah sgt,.haha



dan sekarang, memperkenalkan variation. untuk ibu-ibu dan bapak-bapak yang still tak tahu menda alah ni ye. benda ni mudah, dan bagus! sebelum guna benda ni, korang buat benda sama, select part yang korang nak buat.
[ image > adjustments > variations ]

 

biasanya aku guna midtones, benda alah ni untuk korang adjust warna mengikut yang korang nak, nak gelap sket ke? nak cerah ke.. nak merah-merah ke.. korang cuma click pada salah satu daripada 6 tu,,pastu korang boleh jugak nak mix-kan..  

contoh lah erkk, kalau daun, korang buatlah more green, makin banyak korang click, makin hijau lah jadinya, kalau bunga korang merah-kan lah..senang kan..untuk nampak lagi cantik korang mix la,, kalau nak daun tu nampak segar, korang buat more green 2 kali ke..then darker, pastu more cyan, then lighter..tu contoh lah,, trylah mix sendiri okey..



printed pada baju pun kena serlahkan jugak, so cantikkan warna dia, jangan ingat muka korang je nak cantik.,.ahha



agak-agak dah puas hati dengan warna gambar kau sorang tu, kau select seluruh badan, then kita hilangkan noise,  

noise ni kadang-kadang kita perlu, tapi kadang-kadang kita tak perlu, kalau terlebih noise gambar tak lawa, tapi akalu kurang pun tak lawa, semakin kurang noise, semakin smooth dan kabur gambar tu, so kena pandai jugak balance,




biasanya, aku buat macam atas ni, strength  aku letak 2, then yang lain aku buat kosong, aku harap korang cuba main-main dengan nilai yang lain tu, pastu observe lah apa jadi pada gamabr tu..~selamat mencuba..



last sekali baru kita main warna background, kalau korang je namapk cantik, tapi background x cantik, gambar tu akan jadi x canik jugak..haha..macam biasa, aku rasa korang poun dah terer kan.. brigthness contrass, then variation..


tengok.......kan lagi berseri gambar tu. lepas ni nak main DODGE TOOL (O), yang warna merah tu, kalau xde kat situ, korang rigthclick je pada tempat tu, nanti keluar.. 

benda alah apa dodge tool ni? aku try google, tapi dia cakap, 'mengelak'..tapi, yang aku tahu, benda ni untuk mencerahkan sesuatu benda mengikutn option kita, senang crita, korang boleh putihkan dan mengilatkan gigi kalau apply dodge tool pada gambar gigi nak cantikkan mata pun boleh. dan macam-macam jugak penggunaan tool ni..so aku nak cerahkan baju sket. tengok bawah kaki kartun tu.



so ni lah hasilnya, sekian terima kasih...ahhahahah, harap lah korang paham ye..haha, penat den menaip ni...haha, nak tutorial lagi? request lah, x pun pergi sini. oh, kalau nak request, bleh dekat twitter baru buat sehh..haha

3 comments:

nadia ar-rumaisha said...

i like photoshop....best and friendly user...

applegreencyunkkamoo said...

boleh i tw ap laman web nya??

Anonymous said...

sori tapi nie nak tnye nie tau x cm ne nk edit pic bagi mcm ptung..dah cari kat tenet tapi semua entah papa hape==